Thursday, June 5, 2008

Sabah Negeri di bawah bayu

Sabah negeri di bawah bayu, terkenal dengan keindahan alam semulajadi, terkenal dengan keunikan budaya yang pelbagai, terkenal dengan perpaduan bangsa pelbagai suku kaum yang sangat erat. Sabah mempunyai pelbagai tempat pelancongan bertaraf dunia seperti pulau sipadan, pulau tiga (Survivor series), pulau manukan, pulau gaya, gunung kinabalu, taman peliharaan orang utan sepilok dan bermacam2 lagi.

Sabah adalah negeri yang mempunyai pelbagai suku kaum dan bangsa yang duduk secara harmoni dan sefahaman membentuk perpaduan yang utuh. Suku kaum yang terdpaat di sabah adalah seperti, Kadazan Dusun, Bajau, Iranun, Murut, Bisaya, Brunei, Kedayan, Sungai dan bermacam2 lagi. Setiap suku kaum ini mempunyai identiti dan adat yang unik tidak terdapat di negeri2 lain.

Keindahan alam semulajadi yang mempersona mampu menarik pelancong2 antarabangsa untuk datang dan menikmati kehijauan bumi tuhan ini. Dengan kedudukanya yang strategik di garisan khatulistiwa dan mempunyai hutan hujan tropika mampu membawa pengunjung untuk merasa aman dan damai tanpa gangguan bunyi bising kota dan kesibukan kerja.

Lawatilah sabah negeri di bawah bayu... Anda pasti terpesona...